Beberapa hari lepas ada seorang yang mengirim pesan pada saya bahawa ia baru saja membeli buku Mudahkan Jangan Susahkan. Beliau sedang bersedih kerana bisnisnya mengalami kerugian dan pening kerana tak bisa mengembalikan uang pinjaman. Saya doakan semoga beliau diberi kemudahan. Saya ceritakan bahawa di dalam buku Mudahkan Jangan Susahkan ada kisah seorang kawan yang juga gagal dalam bisnis. Perusahaannya bangkrut. Hutangnya mencapai 7 miliar rupiah, atau setara dengan 2.3 juta ringgit. Ia sempat didatangi debt collector, dilaporkan kepada polisi. Walaupun sangat tertekan, ia menghadapi semua itu. Ia tidak lari dari masalah. Kini ia memulai bisnis lagi dari bawah. Dan beberapa bulan lepas saya perhatikan secara perlahan ia sudah mulai bangkit kembali.
Gagal dalam berusaha memang biasa terjadi. Walaupun hal itu menimbulkan kesusahan yang besar, janganlah sampai berputus asa. Yang penting kita bisa belajar dari kegagalan yang dialami. Jangan sudah gagal tak belajar apa-apa pula. Rugi dua kali jadinya.
Kegagalan itu memang pahit. Tetapi ia dapat membantu menciptakan rasa manis. Bukankah selepas mengecap rasa pahit, hal-hal lainnya akan terasa lebih manis?
Semoga buku Mudahkan Jangan Susahkan dapat menghibur beliau yang sedang menghadapi kesusahan dan kegagalan bisnis. Semoga selepas ini beliau bisa bangkit semula dan berjaya.
No comments:
Post a Comment