Kalau kita tinggal di negeri yang aman, bersyukurlah
Kerana banyak negeri yang sebelumnya aman, kini dilanda fitnah dan peperangan
Kalau kita boleh makan cukup 3 kali sehari, bersyukurlah
Kerana banyak orang yang tak cukup makan, di negeri dan tempat berhampiran
Kalau kita mendapatkan pendidikan yang baik, bersyukurlah
Kerana tak sedikit anak-anak yang tak dapat bersekolah, walaupun hal itu sangat diinginkan
Kalau kita memiliki tempat tinggal dan kamar untuk tidur, bersyukurlah
Kerana banyak yang terpaksa tidur di tempat yang tak layak atau di tepian jalan
Sebagai wujud syukur, jika ada kelebihan rejeki, berbagilah
Agar mereka yang memerlukan dapat tersenyum dan merasakan kebahagiaan
Dan dengan syukur itu, nikmat yang ada pun akan dilipatgandakan
Selamat menyambut Asyrul Awakhir dan Lailatul Qadr
Ramadhan Karim
KL, 27 Juli 2013
No comments:
Post a Comment