Ketika Randy bersama ayahnya dan anaknya Dylan hendak menaiki monorel, Dylan ingin duduk di sebelah jurumesin di muncung monorel iaitu di koc paling depan. Ayah Randy berandaian bahawa hal itu tidak mungkin dilakukan.
“Sayang sekali mereka tidak mengizinkan orang biasa duduk di situ,” kata beliau.
“Hmm,” kata Randy. “Sebenarnya, ayah, sebagai seorang pengimaginasi, saya tahu bahawa ada trik untuk boleh duduk di depan. Mahu lihat?”
Ayah Randy menjawab tentu sahaja.
Maka Randy menghampiri petugas monorel yang penuh senyum dan berkata, “Maaf, apakah kami bertiga boleh duduk di koc paling depan?”
“Tentu, tuan,” kata petugas itu. Dia membukakan pintu dan kami duduk di sebelah jurumesin. Itulah salah satu daripada segelintir saat dalam hidup Randy ketika dia melihat ayahnya benar-benar terpana.
“Tadi saya sudah katakan ada triknya,” kata Randy sambil monorel meluncur laju menuju Magic Kingdom. “Saya tidak katakan trik itu susah.”
(Diambil daripada Randy Pausch, The Last Lecture.)
Syed Alwi Alatas
Kuala Lumpur, 1 Desember 2008
No comments:
Post a Comment